ALUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BENTONG
|
MR. LIEW KIM CHOON |
Dalam dunia pendidikan yang serba mencabar ini, buah fikiran dan usaha pengurus/pemimpin sekolah secara individu tidak mencukupi untuk melonjakkan kecemerlangan sekolahnya. Blog "The Bentong Way" menyediakan ruang dan peluang untuk para pengurus/pemimpin sekolah mengadakan perkongsian pintar berhubung strategi dan kaedah bagi mentransformasi dan memajukan sekolah masing-masing ke suatu tahap yang lebih cemerlang lagi, sekali gus merealisasikan lima aspirasi sistem pendidikan negara dan enam atribut murid seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Cara dan budaya kerja lama dan lapuk perlu ditinggalkan. Budaya kerja serta permikiran aras tinggi perlu diamalkan bagi menangani cabaran-cabaran semasa. Harapan saya bahawa para pengurus/pemimpin sekolah akan terus menggunakan media ini sebagai alat komunikasi dalam usaha menjana dan mengongsikan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif dalam kepimpinan pendidikan sekolah masing-masing. Selamat Maju Jaya. TERIMA KASIH CIKGU !
No comments:
Post a Comment