Friday 17 May 2013

POKOK NILAM SK FELDA LURAH BILUT







Program Pokok NILAM adalah cetusan idea Cikgu Nor Aisyah bt. Othman, guru PSS  SK Felda Lurah Bilut. Melalui program ini minat membaca di kalangan murid-murid bukan sahaja berjaya di pupuk malah telah berjaya menarik minat murid-murid untuk membaca.





Melalui program ini bagi semua murid yang telah membaca dan mencatat pembacaan mereka didalam buku NILAM akan di anugerahkan dengan daun dan buah. Seterusnya murid boleh memilih untuk menampal gambar mereka pada pokok NILAM. Bagi memperolehi daun, murid perlu membaca minimum 10 buah buku, manakala bagi memperolehi buah, mereka perlu menghabiskan 1 buku NILAM. 



Program ini sentiasa memdapat sambutan dari murid- murid di SKLB.

No comments:

Post a Comment