Sunday 16 June 2013

PERSEMBAHAN KUGIRAN CILIK DI ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR

Persembahan dari KUGIRAN CILIK gabungan ahli dari SEMEKAR dan SKM2. Seramai 9 orang peserta yang terlibat iaitu Adik Mathivanan A/L Murugan sebagai pemain dram dan gitar, Adik Nurul Syahida Bt. Abu Hanipah, sebagai penyanyi dan pemain gitar, Adik Ahmad Ezam Bin Zainuddin, sebagai pemain gitar, Adik Nurul Shazwani Bt. Khairuddin, sebagai pemain kibod dari SEMEKAR dan Adik Alif Bin Ruzaimi, sebagai pemain dram dan penyanyi, Adik Muhammad Aniq Iffat Bin Ruzaimi, sebagai penyanyi, Adik Muhammad Shahiran Bin Yusri sebagai penyanyi latar dan Adik Fachri Husaini Bin Rosman, sebagai penyanyi latar dari SKM2.

Mereka telah dikumpulkan di Hotel Putra, Kuala Lumpur bersama pasukan tarian, action song dan koir dari Negeri-negeri lain yang terpilih untuk membuat persembahan sejak 1 Jun 2013 hingga 4 Jun 2013. Pada 3 & 4 Jun 2013, mereka telah dibawa ke Istana Negara untuk membuat persembahan di hadapan SPB Raja Permaisuri Yang Dipertuan Agong XIV Tuanku Hajah Haminah sempena Majlis Jamuan Mesra Bersama Anak-anak Yatim.

Rakaman yang dibuat adalah pada Full Dress Realhersal pada 3 Jun 2013. Mereka telah dipimpin oleh Cikgu Ruzaimi Bin Mohd Sani sebagai Jurulatih ( Guru Muzik SEMEKAR ), Cikgu Azizun Zihan Binti Amir Hassan sebagai Pengurus Pasukan dan Cikgu Kmarulnnisa Binti Ismail sebagai Guru Pengiring.

No comments:

Post a Comment