Wednesday 22 May 2013


MBMMBI SJKC LURAH BILUT
PROGRAM AKHBAR DALAM DARJAH

Program Akhbar Dalam Darjah telah dimulakan pada  awal bulan Mei 2013. Program ini telah diadakan dalam aktiviti Kokurikulum melalui Persatuan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .Semua murid yang terlibat menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sumber bahan ADD adalah melaui akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris.

 Murid-murid menggunting bahan pengajaran seperti perkataan, gambar dan lain-lain untuk membina ayat mudah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


Cara Pelaksanaanya:-

i.  Gunting gambar dari akhbar.
ii.  Bina ayat mudah berpandu  gambar.
iii. Buat karangan berpandukan  gambar.
iv. Murid darjah 6 menggunakan sisipan Didik BM dan BI





Murid-murid berbangga dengan hasil kerja masing-masing.







Program ini akan terus dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid  SJKC Lurah Bilut. Sokongan dan kerjasama semua warga SJKC Lurah Bilut sangat dihargai.

No comments:

Post a Comment