Monday 20 May 2013

PELAKSANAAN MBMMBI SK PELANGAI 2013


 DASAR MBMMBI


Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa repentant di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021. Antara tujuan utama pelaksanaan MBMMBI ialah untuk memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.




Antara program yang dilaksanakan di SK Pelangai ialah :

  1. 5 Minutes English
  2. Focus English
  3. Reading For Fun



5 MINUTES ENGLISH

  • Dijalankan setiap pagi sebelum sesi P&P bermula.
  • Murid membaca cerita atau petikan pendek di tapak perhimpunan.
  • Murid bersoal jawab dalam bahasa Inggeris tentang cerita atau petikan pendek tersebut.

   





READING FOR FUN

  • Mengadakan aktiviti bahasa Inggeris sebagai satu sumber hiburan.
  • Mengeja perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang agak sukar.
  • Menghafal dan menggunakan perkataan bahasa Inggeris dalam situasi perbualan harian.
  • Dijalankan setiap hari pada waktu senggang. 




FOCUS ENGLISH

  • Penekanan kepada penguasaan perkataan bahasa Inggeris ( 5 hingga 10 patah perkataan setiap hari ).
  • Membina ayat mudah daripada setiap perkataan.
  • Bertutur menggunakan ayat-ayat yang telah dibina.
  • Dijalankan semasa P&P bahasa Inggeris diakhir pembelajaran.




No comments:

Post a Comment